Pengalaman bermakna di luar bilik darjah
Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas memberi pendedahan aktiviti pasukan badan beruniform kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), sambil membentuk sikap berdikari, semangat setiakawan, kerjasama dan komitmen terhadap pasukan.
Program berkonsepkan Agoonoree dan Embracing The Challenges mengadaptasi kurikulum pengakap untuk membina kreativiti, inovasi, keyakinan, jati diri dan keterampilan peserta.
Kerjasama strategik
- Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia
- Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
- Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu